Nokia N9 Meego akan masuk Malaysia 2 minggu lagi. Pengalaman pertama kali menyentuh smartphone ini amat mengujakan.
Sistem Operasi
MeeGo adalah sistem operasi mobile berasaskan Linux. Paparan mukanya jauh lebih kemas jika dibandingkan dengan Symbian dan ia lebih responsive berbanding Android. Oleh kerana tiada butang fizikal, pengguna perlu swipe ke kiri atau ke kanan untuk beralih dari paparan skrin pertama hingga ketiga. Konsep swipe ini lebih kurang sama seperti sistem operasi WebOS pada smartphone HP Pre. Ia unik, pengguna tidak akan mampu menyamakannya dengan iOS. User experience pada smartphone ini sangat segar dan akan membuat anda mengakui kreativiti dan kesungguhan pembangun-pembangunnya.
Hardware
Buttonless design adalah sesuatu yang baru (kedua selepas HP Pre) dan saya amat tertarik dengan kebolehan swipenya. Rekabentuk keseluruhannya amat ringkas dan cantik. Saya tidak jemu membeleknya berkali-kali.
Harga
RM1,799.00 (16GB)
RM2,088 (64GB)
Murah…jika dibandingkan dengan iPhone 4 semasa pelancarannya dahulu. Ternyata Stephen Elop (CEO Nokia yang baru) telah berjaya membuat hati saya tertambat semula dengan jenama yang sedang merosot ini.
Namun persoalannya, adakah Nokia N9 MeeGo mampu mengembalikan takhta jenama syarikat Finland ini daripada genggaman Android?
0 comments:
Post a Comment